Saturday, October 1, 2011

MAJLIS CUKUR JAMBUL.

Semalam 30 September 2011, selepas solat  jumaat saya sempat menghadiri Majlis Cukur Jambul versi Kelantan (cukur & selawat) di rumah salah seorang jiran. Ramai juga tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
                                                      Tuan Imam Azhar
            Bayi yang berusia 1 bulan SITI AIDA anak kepada pasangan Yusri dan Rosilawati Ibrahim terlebih dahulu akan disuapkan oleh Tuan Iman Azhar iaitu iman Mukim Banggol Ara, Pasir Mas.  Siti Aida diberi minum air zam-zam kemudian buah  kurma, kismis, buah zaitun dan buah-buahan dari Kota Suci Mekkah. Kemudian mulut Siti Aida dibelah dengan menggunakan cincin emas, serta dibacakan  beberapa potong ayat-ayat sucidan dihembuskan telinga bayi yang kecil ini sambil memohon kehadrat illahi agar Siti Aida akan  membesar menjadi anak yang baik dan tinggi akhlaknya.
Menjadi insan kebanggaan keluarga, agama, dan Negara tercinta.
                                           Siti Aida sedang disuapkan oleh Imam Azharr
            Sebaik sahaja selesai upacara menyuap beberapa tetamu dijemput untuk menggunting beberapa helai rambut Siti Aida.  Selesai upacara menggunting rambut Siti Aida, bayi ini diarak disekelililing tetamu serta dirirngi dengan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.
                                         antara tetamu yang hadir
            Akhir sekali bacaan doa dilakukan memohon kesejahteraan kepada keluarga Siti Aida akan terus dalam pemeliharaan Allah SWT.
                                                       
            Inilah antara peristiwa yang berlaku dalam masyarakat tempat tinggal saya. Mungkin di negeri lain , lain pula caranya Majlis mencukur Jambul ini dilakukan.

No comments: