Monday, August 23, 2010

BUDAK MAUT SETOR MERCUN MELETUP

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.

Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.

Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.

Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.

Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.

Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.

Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.

Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.

"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.

Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.

"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.

Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.

Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.

"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.

"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.

Friday, August 20, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan

Kelmarin 19/8/2010 adalah hari ulaangtahun perkahwinanku yang ke 26 ,ALLAH telah menganugerahkan kepada kami 6 orang cahaya mata. 2 putera dan 4 puteri, mohd. farhan, mohd. fahmi, nur fathiah, nur fadhilah, nur farhana dan nur fasihah. Ini adalah amanah ALLAHyang telah diberikan kepada kamikan.

Kepada mereka telah kami berikan pengajian agama dan pendidikan ilmiah untuk mereka agar menjadi manusia yang teguh imannya kepada tuhan dan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air bumi Malaysia yang tercinta ini. Kami mendoakan agar putera puteri kami ini menjadi manusia yang tidak lupa diri, menghormati sejarah hidup, tanpa menjadi anak derhaka kepada ibu bapa, keluarga dan negara yang tercinta ini... ingatlah aduhai anak2 ku....

Tuesday, August 10, 2010

Resipi Kemestian :BUAH MELAKA

Esuk Ramadan akan menjelma lagi. Berbagai juadah kueh mueh dan lauk pauk tersedia di bazar-bazar Ramadan. Kueh mueh dan lauk pauk yang tidak pernah dilihat pada hari-hari biasa akan muncul di Bulan Raamadan ini. Kueh buah melaka merupakan kueh yang paling saya minati sejak kecil lagi. Arwah ibu selalu menyediakan kueh kegemaran saya ini setiap hari untuk saya berbuka puasa. Lantaran mengenang nostalgia ini dibawah ini saya sertakan resepi bagaimana menyediakan kueh BUAH MELAKA atau kueh None. (loghat Kelantan)

Bahan-Bahan:

½ sudu gula pasir
¼ keping gula melaka
90 gm tepung beras pulut
1 sudu air pandan, pewarna hijau Sedikit garam
8 helai daun pisang, untuk bakul
3 sudu kelapa parut, dibuang kulit airnya
Cara: Sediakan inti dan kelapa: Campurkan gula dan gula melaka yang direcik. Campurkan secubit garam ke dalam kelapa untuk disadur. Sediakan air untuk merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan doh yang kental. Gulungkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej yang panjang dengan diameter setebal 12mm dan potong kecil-kecil. Sediakan kuih: Golekkan tiap-tiap satu bahagian supaya bulat, buatkan lubang dan masukkan gula ke dalamnya. Tutupkan inti gula itu bentukkan bulatan itu semula. Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram. Hidangkan dalam kelongsong, baluk atau dalam pinggan kuih.
Cadangan Hidangan: 4 orang (8 kelongsong yang mengandungi 3-4 biji).
Selamat mencuba.

Monday, August 2, 2010

YANG MENARIK DIBULAN OGOS.

Ogos adalah bulan yang selalu dinantikan. 4 Ogos adalah ulangtahun kelahiranku yang ke 52,Aku kini telah dikategori sebagai warga tua. banyak pengalaman, ujian, cabaran serta dugaan telah ku lalui sepanjang usia ini. Suasana sekeliling telah banyak berbeza dengan zaman kanak-kanak ku dulu disekitar penghujung tahun 50an. Segala-galanya kini berlaku dengan pantas. Dunia menjadi semakin sempit. manusia berlumba-lumba mencari kekayaan hidup secara halal mahupun haram.
Segala urusan telah berada dihujung jari. Cinta dan kasih sayang boleh dibeli dengan Ringgit.

11 ogos, Ramadan bermula. Seluruh umat Islam di Dunia ini menantikan bulan yang mulia ini, untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat kepada ALLAH SWT. Bulan yang dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup rapat. Dan syaitan dibelenggu. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan mulia dibulan ini.

31 Ogos, Adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Kita malaysia,Dibumi tanah tumpah ini kita bangun untuk mempertahankan kedaulatannya agar tidak mudah diganggu gugat oleh mereka-mereka yang segaja untuk menghancur lebur segala keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Damai dan makmurlah wahai Malaysia negaraku nan tercinta.

APA ITU JALUR LEBAR?

APAKAH JALUR LEBAR?
Lebih pantas berbanding dail terus, Jalur Lebar menawarkan laluan internet sepanjang masa yang berkelajuan tinggi dan berkemampuan tinggi. Dengan penghantaran data berkelajuan tinggi, jalur lebar membolehkan lebih banyak kandungan dihantar dan diterima. Paparan video, telefon internet, permainan, dan rangkaian perkhidmatan interaktif memerlukan pemindahan data yang besar, sesuatu yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dengan perkhidmatan dail terus. Kini dengan jalur lebar, anda mampu meneroka dunia yang penuh dengan kemungkinan tanpa batasan.