Telah menjadi kelaziman setiap kali penghujung tahun antara bulan Okt.Nov dan December musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Apabila tibanya musim banjir hujan akan turun tanpa henti-henti, adakala lebat dan adakala sederhana.
Sekirannya hujan ini berlarutan sampai dua tiga hari, maka air hujan mula memenuhi sungai-sungai, paras air sungai bertambah dan menjadi tinggi lalu ianya akan merebak kekawasan rendah dan banjir pun akan berlaku. Bagi kanak-kanak dan remaja, mereka amat gembira apabila setiap kali banjirmusim tiba. Inilah pesta tahunan bagi mereka iaitu Pesta Banjir.
Bagi orang dewasa kerungsingan mula menerjah benak rasa, segala tanam-tanaman akan musnah, binatang ternakan seperti ayam, itek, lembu, kerbau dan sebagainya turut menjadi mangsa banjir termasuklah kenderaan.
Kawasan yang sering dilanda banjir ditempat saya adalah berhampiran dengan Sungai Golok. Laluan jalan lama ke Pekan Rantau Panjang terputus termasuklah Pekan Rantau Panjang turut ditengelami air.
Ekonomi penduduk di daerah saya pun turut terjejas sekali, syukurlah, kerana kerajaan perihatin dan memberi bantuan segera dalam menangani bencana banjir ini.termasuklah memindahkan mangsa-mangsa banjir ketempat perpindahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Banjir juga turut memberi rezeki kepada mereka-mereka yang meminati ikan air tawar. Akitiviti menangkap ikan air tawar amat mudah dan hasilnya cukup lumayan. Menjala, menahan jaring (pukat) menahan lukah dan menahan candit adalah aktiviti biasa yang akan dapat kita lihat sepanjang musim banjir ini. Begitu juga kueh putu halba, sejenis kueh yang diperbuat daripada ubi kayu banyak dijual dimusim tengkujuh ini.
Apapun dalam kita asyik dan berseronok meraikan Pesta Banjirnya, harus diingat, awasilah anak-anak kita ataupun diri kita sendiri supaya tidak menjadi mangsa korban banjir.
No comments:
Post a Comment