Saturday, October 17, 2009

Sambutan Deepavali

Hari ini Sabtu, 17 Oktober 2009, rakan-rakan kita yang beragama Hindu menyambut Hari Deepavali yang membawa makna Pesta Cahaya atau Cahaya Kemenangan mengikut kepercayaan agama mereka.

Apapun sebagai rakyat Malaysia yang hidup dibawah satu rumpun bangsa yang dinegara ini supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikecapi bersama. Justeru itu rakyat berbagai kaum disaran untuk mengadakan tradisi kunjung mengunjung bagi mengeratkan lagi bernama Bangsa Malaysia disamping gagasan 1 Malaysia yang digarapkan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak, kita digalakkan untuk merapatkan hubungan antara kaum hubungan kaum ini.

Di Kelantan tidak ramai rakan kita keturunan India yang tinggal di kampung-kampung melayu kebanyakan mereka tinggal di Estet-estet diJajahan Kuala Krai dan Gua Musang. Bagaimanapun Semangat 1 Malaysia tetap kita laksanakan agar gagasan ini mencapai matlamatnya.

Kepada rakan-rakanku, Sdr. Vijay, Rajan, Priya, Muthu, Rageswari serta yang lain-lain yang berada di Ulu Kinta dan Jerantut dan yang masih mengingati diriku "HAPPY DEEPAVALI" buat you all! moga sejahtera selalu hendaknya.

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Raya Aidilfitri kakitangan Jabatan psikaitri


Khamis 1 Oktober, 2009 bersamaan 12 Syawal 1430hijrah, Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu (HRPZ ll) telah mengadakan jamuan hariraya Aidil fitri untuk para kakitangan.

Kakitangan sibuk memasak

Dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni telah mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan yang bertugas dibawah satu bumbung.


En. Aziz sedang mengoreng ayam

Majlis seperti ini merupakan acara tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Syawal. Dan telah menjadi kelaziman segala makanan yang dihidangkan pada hari tersebut adalah disediakan oleh kakitangan Jabatan ini secara gotong royong.. Antara juadah yang disajikan pada majlis tersebut ialah nasi beriani yang dimasak bersama kambing. Laksa Pinang, Ketupat, satay , tapai beras serta beberapa jenis kueh dan biskut.

Sibuknya dia memasak!

Sememangnya majlis seperti telah memberi kesan yang baik demi merealisasikan slogan kami iaitu “PENYAYANG,BERKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA."




Para kakitangan sedang menjamu selera