Wednesday, October 30, 2013

              Assalamulaikum, salam 1 Malaysia buat rakan taulalan.Tidak banyak kisah menarik yang ingin saya sampaikan kepada anda untuk kali ini. segala peristiwa suka duka ada terpapar di TV serta di media cetak. Apapun saya ingin bercerita pasal sambutan Aidiladha baru-baru ini. kurang meriah justeru tak ramai kalangan penduduk kampung Banggol Gajah Mati menjalani ibadat korban kerana harga setiap bahagian lembu yang hendak dikorbankan itu tidak masuk akal. Setiap bahagian berharga antara rm450 hingga mencecah rm500..

              Bagi kami rata-rata yang berpendapatan kecil sememang sudah tidak  lagi mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu.Islam mengalakkan kesederhanaan dalam apajua kehidupan. Ramai antara kami yang tidak dapat menjalani ibadat korban baru-baru ini atas sebab ketidakmampuan dari segi ekonomi.

            Semoga pihak kerajaan dapat campur tangan dalam hal menentukan harga binatang ternakan ini khususnya lembu, kerbau, kambing serta biri-biri supaya tidak terlalu tinggi dan  munasabah.

            Sama-samalah kita renungkan perkara ini. Salam hormat dari saya serta selamat menyambut maal hijrah moga hidup terus mendapat keberkatan dari Allah SWT.