Saturday, March 31, 2012

BETAPA KURANGNYA DIDIKKAN AGAMA ANAK MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Tren Enam Gerabak (SCS) atau lebih dikenali sebagai MyKomuter yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac lalu, kini berdepan dengan masalah vandalisme serius.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan berkata, ini kerana tren MyKomuter menjadi sasaran golongan terbabit membaling batu ketika sedang bergerak sehingga mengakibatkan cermin tingkap retak dan pecah.
Beliau berkata, golongan yang sama turut memecahkan kaca peti simpanan peralatan pemadam api di dalam gerabak ketika tren berhenti di stesen.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen MyKomuter berkenaan.
Katanya, beberapa kawasan dikenal pasti dijadikan tempat untuk mereka membaling batu iaitu Padang Jawa di Klang; Kampung Datuk Harun dan Segambut di Kuala Lumpur, Kajang di Selangor serta Seremban dan Labu di Negeri Sembilan.
"Setakat ini empat buah tren sudah dibaling dengan batu. Apabila ia berlaku, tren itu tidak dapat digunakan kerana perlu dibaiki terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan penumpang.
"KTMB juga terpaksa menanggung kos sehingga RM3,000 bagi membaiki kerosakan yang adakalanya terpaksa mengambil masa sehari suntuk untuk memperbaikinya,'' katanya pada sesi taklimat di sini semalam.

Petikan dari KOSMO.

Saturday, March 3, 2012

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI PASIR MAS, KELANTAN.

2/3/2012.  2.00 ptg. Saya berkesempatan menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat Serta Jamuan Rakyat yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Najib Perdana Menteri Malaysia bertempat di padang Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas yang terletak di Bunut Susu. 
                               Wajah Ceria Seorang Pemimpin

Kehadiran  Rakyat Pasir Mas melebihi 20,000 orang cukup meriah. Ada berbagai bentuk acara sambutan dijalankan antaranya ialah persembahan Paluan Rebana Ubi. Perarakan oleh Putera UMNO. Dan berrmacam-macam lagi.
                             Jalan Masuk ke SM Teknik, Bunut Susu, Pasir Mas.

Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau memberi jaminan sekiranya Rakyat Kelantan memilih kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang beliau berjanji untuk menyelesaikan beberapa masalah rakyat yang telah berlarutan hampir 22 tahun yang lalu, antaranya ialah  masalah air, perumahan rakyat  (PPRT). Beliau berjanji akan membina sebuah stadium bola, kerana beliau tahu bahawa rakyat Kelantan amat meminati permainan  bolasepak. Sekiranya Barisan Nasional dapat merampas Kelantan daripada tangan Pas landskap Kelantan pasti akan berubah tetapi ianya tetap   berpaksikan kepada Islam, ujar beliau didalam ucapan tersebut, yang telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.

                Sedang khusyuk mendengar amanat daripada PM

Beliau juga menegaskan apa guna pada slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM,….. KELANTAN SERAMBI MEKAH.. sedangkan habuk pun tak der.
                        Kehadiran yang ramai tempat duduk tidak mencukupi
                   
                      Gelombang Merah...tak jemu mendengar amanat daripada PM

                             Paluan Rebana Ubi Menyambut ketibaan PM
 
Syukur kepada Allah SWT kerana saya sempat bersalaman dengan PM, termasuklah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato’ Seri Mustapha Mohamad serta Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob Menteri Perdagangan dan Koperasi yang juga turut hadir pada majlis itu. Saya juga sempat merakamkan gambar-gambar kenangan lautan merah. Itulah Gelombang Merah yang sedang membadai di bumi Kelantan hingga kesaat ini!!!