Ahli UMNO Cawangan Gajah Mati, Pasir Mas diajak berkerja secara “Luar Biasa” menjelang pilihanraya Umum ke 13 nanti, sebagai menyahut saranan daripada Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga selaku Perdana Menteri Malaysia . Ingatan ini disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Hanafi Mamat selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sewaktu berucap merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Gajah Mati serta menyampaikan Watikah Perlantikan Jentera Piliharaya Umum ke 13 Peringkat Cawangan Gajah Mati, Pasir Mas, Kelantan, yang diadakan di Balairaya Kg. Banggol Gajah Mati, malam tadi.
Beliau juga menyeru supaya tidak ada lagi sifat iri hati , dengki-mendengki sesama ahli UMNO sebaliknya berkerjasama dan mengajak seberapa ramai penduduk setempat supaya mereka mengundi BN bagi menumbangkan Kerajaan yang diterajui oleh PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun.
Terdahulu daripada itu dalam ucapan alu-aluan oleh sdr. Yahaya Hasan selaku Ketua UMNO Cawangan Gajah Mati, meminta ahli-ahli UMNO mengenal pasti di kalangan ahli keluarga yang belum lagi mendaftar sebagai pemilih (pengundi) untuk berbuat demikian dengan memberi maklumat peribadi bakal pemilih kepada Timbalan Ketua Cawangan UMNO Gajah Mati Sdr. Fauzi Saamah untuk tindakan selanjutnya.
Selain dari itu beliau juga meminta mana-mana ahli keluarga yang berada di luar Parlimen Pasir Mas dan layak mengundi untuk mendaftar sebagai Pengundi Luar. Urusan pendaftaran Pengundi Luar bolehlah dibuat sebelum 20hb. Mac ini menerusi sdr Mohd. Sidek Mat Yusoff selaku Pengerusi Biro Pengundi Luar UMNO Cawangan Gajah Mati.
Dalam ucapan alu-aluan ini beliau juga memberitahu bahawa semenjak PAS memerintah Kelantan telah banyak tanah-tanah rizab melayu telah bertukar tangan dan menjadi milik bangsa lain. Oleh itu beliau menyeru bahawa sudah sampai masanya kita bersatu hati untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS ini pada PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment