Lalu daku memberi kata semangat buatnya bahawa kami sekeluarga tetap menerima apa jua keputusan SPM ini dengan dada yang terbuka. Apa-apa pun keputusan, itu adalah kemampuan kak Illah (Nama rengkas Nur Fadhilah) kami tetap menghargai apa jua keputusan yang bakal diterimanya nanti.
Kak Illah
Jam 10.15 pagi daku menerima msg dari kak illah mengatakan keputusan SPM telah pun keluar dia memperolehi 6A 2B dan 1C (B metametik tambahan, serta biologi manakala C dalam subjek Fizik) Daku kagum dan terus bersyukur kepada ALLAH SWT atas keputusan ini,. Walaupun ia tidak memperolehi 9 A namun kami tetap bersyukur dan bangga dengan keputusan ini. Inilah merupakan tapak pertama untuk dia meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Kepada kak Illah tahniah dari abah ma, abg-abg dan kakak serta adik-adik, kami mendokan moga kak illah akan lebih cemerlang dimasa-masa akan datang.. aminnnn.....
No comments:
Post a Comment