Hampir saban minggu iaitu setiap hari jumaat maka berpusu-pusulah penduduk Kelantan akan menyeberangi sempadan negara ke Thaialand secara haram semata-mata untuk membeli belah di pekan sehari Munduk, Selatan Thai yang terletak di Daerah Narathiwat.
Disana terdapat berbagai jenis barangan yang dijual termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, peralatan berkebun dan bertani termasuklah beras siam yang mutunya lebih baik berbanding dengan beras tempatan.
Bermula pada tahun ini angkatan tentera Kem Sempadan telah ditrugaskan untuk mengawal aktiviti penyeludupan disepanjang Sungai Golok.
Atas bantuan rakan di Selatan Thailand penulis berjaya mendapat gambar -gambar kegiatan membeli belah di pekan Munduk. Hampir ribuan ringgit wang Malaysia telah mencurah masuk ke Thai setiap minggu. Begitu juga para pengusaha bot galah memperolehi ribuan ringgit setiap minggu dengan mengangkut rakyat Malaysia menyeberangi Sungai Golok.
Selain masuk ke negara jiran secara haram penggunaan bot galah dengan muatan yang berlebihan boleh mengundang bahaya.
Sehubungan dengan itu diharapkan pihak berkuasa dapat memantau kegiatan ini supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dimasa hadapan.
Menaiki bot galah ke Pekan Sehari, Munduk, Thailand
Deretan bot galah menyebarangi Sungai Golok
Aktiviti perniagaan dalam pasar Munduk
Pengunjung sedang menunggu untuk menaiki bot galah
Pemandangan di atas tebing Sungai Golak, Bukit Lata,
Pasir Mas, Kelantan.
No comments:
Post a Comment