Friday, May 15, 2009

Selamat Menyambut Hari Guru.

16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru Di malaysia. Hari ini jasa para guru akan dikenang dan dijulang. Tanpa guru siapalah kita. Guru telah banyak mengajar kita menjadi manusia beriman dan bertaqwa. Dari bermula mengenal ABC dan 123 kita telah diajar dan diasuh untuk menjadi manusia sempurna dan berakal sejahtera.
Terkenang masa dizaman persekolahan guru-guru banyak menunjuk ajar berbagai perkara sebagai flatform untuk kita mencari perjalanan hidup yang lurus. Walaupun kita pernah dihukum guru kerana tidak menyiapkan homework namum segalanya adalah salah satu cara supaya kita bertanggung jawab diatas segala tugas yang diletakkan diatas bahu kita.

Hari ini, segala pergorbanan para guru tidak akan ku lupakan hingga bila-bila kerana kaulah para guru telah membentuk kehidupanku menjadi sempurna. Ilmu yang kau tabur tetap ku pergunakan hingga kini.

Kepada semua guru-guru ku ucapkan selamat menyambut Hari Guru, teruskan tugasmu tanpa jemu demi untuk melahirkan modal insan yang sentiasa kental menempuh arus globalisasi!
Kepada bekas guru-guru ku yang telah menerima jemputan ilahi ku hadiahkan Al-Fatihah buat mu moga roh kalian berada setanding dengan para syuhada, Al-fatihah.....

Semasa di Tahun 6 S K Banggol Chicha, Pasir Mas.

1 comment:

2kang said...

wah...nape tak letak adsence pada blog/ boleh dapat duit teoi..