1hb. dan 2hb. Mei, 2009, merupakan hari cuti bagi penjawat awam di negeri Kelantan. dikesempatan cuti hujung minggu aku telah mengambil kesempatan bersantai dengan ahli keluargaku. Fathiah anak ketigaku yang menuntut di Politek Sultan Ahmad Shah, Semambu Kuantan juga balik bercuti di kampung laman. Cuma anak sulungku farhan yang bertugas di Studio 2 RTM Angkasapuri serta adiknya Fahmi yang berkerja sebagai pembantu kedai Di Puchong, Selangor tidak balik ke kampung kerana tidak dapat cuti.
Jumaat 1hb. Mei kami sekeluarga bersantai di Pantai Melawi, Bachok. Desiran angin serta alunan ombak dipinggiran pantai Laut China Selatan mengamit nostalgia semasa remaja ku. Zaman persekolahanku aku selalu datang ke pantai bagi meredakan segala ketegangan dikepala setelah penat belajar.
Kini kedatangan ku kepantai banyak mengimbau kenanganku dimasa silam. Disini cintaku mula berputik dengan isteriku sekarang.
Isteri dan Anakku Fasihah
Cinta kami tidak pernah dibadai gelora hinggalah kami sampai kejinjang pelamin dan kini dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Di Pantai Melawi kami bersantai-santai sehingga kelewat senja. Panorama sangat indah aku cukup kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah yang maha esa.
Esuknya sabtu 2 hb. Mei, 2009, aku sekali lagi membawa anak-anakku ke Program Sua Rasa anjuran TV9 di Perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu. Bermacam-macam program diadakan. Beberapa orang seleberti TV ku jumai. antaranya Aziz Desa, Fimie, Fara Adeeba, Teh Suhada dan Jaafar Onn. Aida juara gadis Melayu, juga sempat kami temui.
Fasihah dan Farhana di Sua Rasa TV9
Berbagai gerai jualan dibuka dengan menjual berbagai barangan antaranya minuman dan makanan, buah-buahan pameran juga turut diadakan. kami berkesempatan menyaksikan siaran langsung rancangan Nasi Lemak Kopi O dan persembahan nyanyian Azhar juara Akedemi Nasyid tahun 2008.
Menjelang tengahari setelah penat meronda dari satu gerai ke satu gerai dan membeli sedikit buah tangan kami pun bertolak balik ke Pasir Mas, dengan membawa secebis kenangan dan pengalaman yang cukup menarik untuk di kongsi bersama-sama keluarga.
No comments:
Post a Comment