Hampir saban malam pihak polis serta penguatkuasa yang lain bertungkus lumus dan sedaya upaya cuba untuk menangani masalah mat rempit. Namun kegiatan ini makin menular dan amat membimbangkan.
Rasanya sudah sampai masanya pihak kerajaan dapat mengubal di Parlimen suatu undang-undang yang lebih keras bagi menangani masalah merempit ini. Juga diharapkan pihak ibu bapa kepada remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan ini mengambil perhatian yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk anak-anak agar lebih cemerlang demi masa depan mereka.
No comments:
Post a Comment