Syukurlah kepada Allah SWT kerana impian saya untuk melihat bahawa subjek SEJARAH untuk peperiksaan SPM telah dijadikan mata pelajaran teras bermula pada tahun depan. Sebenarnya perkara ini pernah sayu ajukan pada tahun 80'an sewaktu saya menganggotai AJK UMNO Perak. Perkara ini terlintas dihati saya bila mana pada masa itu ramai kalangan rakyat negara kita buta sejarah. Berbagai kaum menuntut berbagai hak tanpa megambil kira apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.
Langkah tegas yang diumunkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sewaktu mengulung perbahasan di Persidangan UMNO baru-baru ini harus diberi pujian. Hendaknya seluruh rakyat dapat menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka. Setidak-tidaknya kita akan mengenal asal usul sendiri dan tidak lagi mempertikaikan kedudukan sesuatu kaum dinegara kita ini.
Sama-samalah kita melakukan transformasi agar cita-cita menjadi negara Malaysia sebagai negara yang berpendapaatan tinggi menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment