Wednesday, July 14, 2010

Lamanya Daku Menyepi.

Teman,

Maafkan kerana agak lama saya menyepi tanpa sebarang perkhabaran berita. Justeru masa selalu menghambati kita. Ruang lingkup kehidupan kian terdesak. Perjalanan yang kian bersimpang siur. Trafik kehidupan bertali arus dengan berbagai kerenah kehidupan. Suka duka , pahit manis adalah ramuan kehidupan yang wajib kita rasai dan biar pun kelat rasanya ia tetap kita telan jua meskipun adakala ianya terlalu memualkan.

Banyak cerita serta kisah kemanusian tidak banyak saya paparkan. justeru masa kini saya banyak menghabiskan masa bersama anak dara yang dua orang itu Fadhilah dan Farhana yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini. Fadhilah dengan SPM nya manakala Farhana dengan PMRnya.
Setiap kali ada kelas tambahan tanpa mengira waktu siang mahupun malam, saya sentiasa mengADAkan waktu untuk mereka berdua. Buat anak-anak ku abah dan Ma sentiasa mendoakan kebahagian kalian semua. Amin...

No comments: