Wednesday, December 16, 2009

Berakhir Sudah zaman bujang Anak Sulungku Farhan

28 November 2009 , Sabtu yang juga merupakan Hari Raya Haji yang kedua anak sulungku Farhan telah selamat menjalani akad nikah dengan gadis pilihannya Siti Nurdini dari Pasir Mas juga. Entah bila perkenalan antara kedua-duanya berlangsung tidak pun kami ketahui. Apapun bagi kami, orang tua apapun kehendak hati anak kami, tentang siapa pasangan hidupnya tidak pernah kami persoalkan. Yang penting biarlah mereka bahagia hidup berdua di alam rumahtangga.

29 November 2009, kedua-dua pasangan ini disanding mengikut adat orang melayu di rumah pengantin perempuan di bandar Pasir Mas. Sebagai seorang bapa aku cukup bahagia kerana telah bergelar bapa mertua. Namun nun jauh disudut hati ku terasa sayu juga. Kerana sebaik sahaja anakku melafazkan akad nikadnya, bermakna ianya telah menjadi milik keluarga orang lain juga. Dan bermula dari saat itu aku tak mampu lagi untuk mencampuri urusan kehidupannya. kerana kini dia telah menjadi suami orang.



Farhan dan Nurdini

Kami berharap agar dia menjadi suami yang bertanggung jawab demi untuk membahagiakan isterinya itu.
Selamat Pengantin Baru buat Farhan dan Nuridi.

No comments: