Khamis 1 Oktober, 2009 bersamaan 12 Syawal 1430hijrah, Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu (HRPZ ll) telah mengadakan jamuan hariraya Aidil fitri untuk para kakitangan.
Kakitangan sibuk memasak
Dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni telah mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan yang bertugas dibawah satu bumbung.
En. Aziz sedang mengoreng ayam
Majlis seperti ini merupakan acara tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Syawal. Dan telah menjadi kelaziman segala makanan yang dihidangkan pada hari tersebut adalah disediakan oleh kakitangan Jabatan ini secara gotong royong.. Antara juadah yang disajikan pada majlis tersebut ialah nasi beriani yang dimasak bersama kambing. Laksa Pinang, Ketupat, satay , tapai beras serta beberapa jenis kueh dan biskut.
Sibuknya dia memasak!
Sememangnya majlis seperti telah memberi kesan yang baik demi merealisasikan slogan kami iaitu “PENYAYANG,BERKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA."
Para kakitangan sedang menjamu selera
No comments:
Post a Comment