Thursday, September 24, 2009

Suasana Aidilfitri Tetap Meriah.


Hari ini hari kelima kita berada dibulan Syawal. Bermakna telah lima hari kita menyambut hari raya Aidilfitri.

Tradisi kunjung mengunjungi kerumah sanak saudara dan rakan taulan masih dikekalkan. Hariraya seperti ini merupakan hari yang dinanti-nantikan untuk kita bermaaf-maafan dengan sanak saudara dan rakan taulan yang lama tidak ditemui lantaran masing-masing tinggal berjauhan demi mencari rezeki.

Bagi kami, selesai sahaja menunaikan solat sunat Aidilfitri kami menzirahi pusara ayah bonda di Tanak Perkuburan Kg. Banggol Petaling. Selepas itu kami pergi pula ke tanah Perkuburan Kg. Tok Sangkut, menziarahi kubur emak mertua dan bapa mertua. Beginilah rutin setiap kali kedatangan Aidilfitri ,menziarahi pusara ayah bonda ini menjadi keutamaan kami.

Setelah selesai menziarahi pusara arwah orang tua, barulah
kami mengadakan RUMAH TERBUKA untuk dikunjungi oleh sanak saudara dan rakan taulan hinggalah ke tengah malam. Kepada para tetamu kami telah menyediakan mee kari dan biskut dan kek raya sebagai juadah istimewa dihari tersebut.

Meskipun kepenatan melayan tetamu yang kunjung tiba silih berganti, namun kami tetap merasa puas dan mudah-mudahan di Adilfitri yang akan datang tradisi seperti ini tetap akan kami teruskan.

1 comment:

Anonymous said...

hi macam YB je