Wednesday, May 31, 2017

4 tahun saya menyepi kerana kekangan masa dan menulis apa-apa dilaman blog saya. Hari ini tiba-tiba saya terpanggil untuk mengarap cebisan rasa tidak puas hati kepada para peniaga-peniaga. Setiap kali datangnya bulan Ramadan maka setiap kali itulah para peniaga ini menaikan harga barangan ,mereka tanpa memikir betapa sukarnya untuk mendapat wang.

Rata-rata para peniaga berlumba menaikkan harga barangan, lauk pauk sayur-sayur harganya melambung tinggi. Pelanggan terpaksa membayar harga tinggi demi untuk memenuhi citarasa tika berbuka dan bersahur.

Manakala trend sekarang ramai para suri rumah yang berkerja tidak sempat untuk memasak akan meembeli apa saja juadah untuk berbuka walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Kenaikan harga barangan mentah ini tidak akan turun walaupun bulan Ramadan berakhir. Walaupun berbagai tindakan penguatkuasa dari KPDNKK keatas peniaga namun ianya tidak memberi apa-apa kesan. Sehubungan itu saya mencadangkan agar para pengguna bersatu hati untuk tidak membeli barangan yang terlalu mahal dengan membeli barangan yang lebih murah. Contohnya harga udang kini mencecah rm30 sekilo kita tidak payah makan udang lagi sebaiknya kita ganti dengan memakan telur ataupun ayam. Itu cuma pandangan saya. Apapun terserahlah kepada para pengguna untuk menentukannya.






No comments: