Saturday, March 31, 2012

BETAPA KURANGNYA DIDIKKAN AGAMA ANAK MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Tren Enam Gerabak (SCS) atau lebih dikenali sebagai MyKomuter yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac lalu, kini berdepan dengan masalah vandalisme serius.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan berkata, ini kerana tren MyKomuter menjadi sasaran golongan terbabit membaling batu ketika sedang bergerak sehingga mengakibatkan cermin tingkap retak dan pecah.
Beliau berkata, golongan yang sama turut memecahkan kaca peti simpanan peralatan pemadam api di dalam gerabak ketika tren berhenti di stesen.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen MyKomuter berkenaan.
Katanya, beberapa kawasan dikenal pasti dijadikan tempat untuk mereka membaling batu iaitu Padang Jawa di Klang; Kampung Datuk Harun dan Segambut di Kuala Lumpur, Kajang di Selangor serta Seremban dan Labu di Negeri Sembilan.
"Setakat ini empat buah tren sudah dibaling dengan batu. Apabila ia berlaku, tren itu tidak dapat digunakan kerana perlu dibaiki terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan penumpang.
"KTMB juga terpaksa menanggung kos sehingga RM3,000 bagi membaiki kerosakan yang adakalanya terpaksa mengambil masa sehari suntuk untuk memperbaikinya,'' katanya pada sesi taklimat di sini semalam.

Petikan dari KOSMO.

No comments: