Wednesday, June 8, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN HJ. AHMAD SHAH (POLISAS), KUANTAN. PAHANG.

Selasa 24 Mei 2011 saya berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen anak saya Nur Farthiah yang telah berjaya menamatkan pengajiannya iatu Diploma Teknologi Makanan selama 3 tahun di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, (POLISAS) Semambu, Kuantan.

Kami bertolak dari USJ 1 pada pagi 23 Mei 2011 jam 8.00 pagi untuk tiba di Kuantan sebelum jam 2.00 ptg kerana Fathiah akan menjalani Raptai Konvo yang akan diadakan di Dewan Jublee Perak Sultan Hj. Ahmad Shah berhampiran dengan pantai Teluk Cempedak Sykurlah sepanjang perjalanan ke Kuantan kami tidak menghadapi apa-apa masalah Cuma sedikit kesesakan berlaku di Bandar Tun Razak.

Saya, isteri serta anak saya Farhan dan menantu saya Nudini serta Fathiah selamat samapi ke Kuantan pada jam 12.00 tgh. Sebelum ke Dewan Jublee Perak Sultan Hj. Ahmad Shah kami sempat makan tengah hari di Tanjung Api kemudian menunaikan solat zohor di surau Pantai Teluk Cempedak.

Tepat jam 2.00 ptg kami sekeluarga pergi ke Dewan berkenaan untuk majlis raptai. Manakala saya, termasuk isteri anak serta menatu menyewa homestay di Bukit Sekilau, Kuantan dengan kadar sewa RM150.00 untuk satu malam.

Keesukan harinya iaitu 24 Mei 2011 kami sekeluarga bergegas ke Dewan Jublee Perak Sultan Hj. Ahmad Shah untuk sama-sama menyaksikan sejarah kegemilangan anakku Nur Fathiah  naik kepentas untuk menerima segulung Diploma. Itulah hasil perjuangannya Fathiah selama 3 tahun di POLISAS dan pengorbanan kami sebagai ayah dan ibu dengan wang ringgit serta keringat dan doa tanpa ada rasa jemu semata-mati ingin melihat anaknya menjadi manusia cermelang gemilang dimasa depan.


Kepada Fathiah abah dan Ma serta seluruh isi keluarga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan mudah-mudahan kehidupanmu dimasa akan datang mendapat keredhaan dari ALLAH SWT. Aminn…….
               


No comments: