Musim tengkujuh mula melanda Kelantan hujan yang turun beberapa hari lalu telah menengelamkan beberapa kawasan yang rendah. Pagi ini Jumaat 7 hb Januari 2011 saya telah berkesempatan meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir iatitu di persekitaran kampong halaman saya. Antara tempat yang saya lawati ialah sekitar jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang melalui jalan lama. Iaitu di kampong Pohon Tanjug, Pasir Mas berhampiran dengan SK Pohon Tanjung.
Saya juga pergi ke kampong Tok Sangkut, Pasir Mas. Pemandangan disana umpama berada ditepian tasik ataupun laut. Kesluruhan sawah padi ditengelami air. Ada dikalangan adik-adik kita bermain air banjir dan ada juga yang mengambil kesempatan menjala ikan.
Dibawah ini saya sertakan gambar yang saya rakam pagi tadi untuk tatapan anda yang berrada di luar Pasir Mas.
Anak udang yang ditangkap oleh kanak-kanakBerhampiran SK Pohon Tanjung, Pasir Mas
Jalan lama Pasir Mas ke Rantau Panjang di Kg. Pohon Tanjung
Jalan Kg. Tok Sangkut ke kg. jejawi, Pasir Mas
Sawh Padi yang digenangi air di Kg. Tok Sangkut
Jalan Tok Sangkut ke Kg. Jejawi, Pasir Mas.
Kanak-kanak menjala ikan didalam sawah
Kg. Pohon Tanjung, Pasir Mas.
Jalan lama Pasir Mas ke Rantau Panjang
Salah sebuah rumah penduduk di kg Pohon Tanjung Pasir Mas
Mula ditengelami air banjir.
No comments:
Post a Comment