Hari ini hari ketiga kita berada dibulan Disember. Bulan terakhir disetiap tahun. Setiap penghujung tahun penduduk di negeri pantai timur semenanjung akan berdepan dengan musim tengkujuh. Hujan yang turun sepanjang hari. dengan tiupan angin monson dari timur laut menjadikan fonema alam yang membimbangkan bagi penduduk yang berada dikawasan yang rendah dan mudah dinaiki air.
Disaat begini kita harus berwaspada selalu memastikan segala bekalan makanan mencukupi, dokumen penting dalam keadaan yang mudah untuk dibawa andainya kita diarah berpindah oleh pihak berkuasa. Pastikan keselamatan diri dan nyawa perlu diutamakan. Awasi anak-anak kecil jangan membiar mereka bermain air. Setiap kali berlakunya musim banjir maka ada saja kes kematian kerana lemas ataupun dihanyutkan oleh arus banjir.
Bersamalah kita berdoa kehadrat Illah moga mala petaka banjir tidak berlaku tahun ini.
No comments:
Post a Comment