Friday, November 12, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM

Tarikh 23 November merupakan tarikh yang penuh dengan debaran. Tarikh yang akan menentukan jatuh bagunnya pelajar-pelajar di Tingkatan Lima. Tarikh tersebut merupakan tarikh permulaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Debaran ini turut juga dirasakan oleh para ibubapa serta penjaga para pelajar.

Sebagai ibu bapa saya tidak terkecuali merasai rasa yang sedemikian. Kerana pada tahun ini juga anak saya Kak Ilah (Nur Fadhillah) akan menempuhi peperiksaan ini dan keputusannya nanti akan menentukan nasib masa depannya.
                                                                      Kak Illah
Apapun sebagai ibubapa kami tak pernah berputus asa mendoa serta memberi kata perangsang buat dirinya akan belajar bersungguh-sungguh semasa peluang yang ada ini. kami tidak pernah ada erti penat dan jemu tetap membantu dan menghulurkan wang ringgit asalkan apa-apa yang dicita-citakannya selama ini membuahkan hasil.

Kepada Kak Ilah tumpukan penuh pada soalan yang dikemukakan, baca dan fahami betul-betul kehendak soalan tersebut. Jangan cemas. Tenanglah selalu dan ingatlah bahawa ALLAH SWT sentiasa di sisi kita. Berdoalah selalu mudah-mudahan anakanda akan berjaya cemerlang..Amin...

No comments: