Sunday, March 6, 2011

DEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN SPM.



Tidak berapa hari lagi keputusan Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan.

Debaran para pelajar dan ibu bapa serta penjaga amat dirasakan. .Dengan keputusan  yang akan diumumkan nanti adalah petanda jatuh bangunnya sesorang pelajar itu. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang dan dikira baik mungkin dapatlah menyambung pelajaran ke IPTA atau IPTS. Ini bermakna ibu bapa dan penjaga kepada pelajar berkenaan akan tumpang gembira meskipun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan itu.

Dan kepada pelajar yang mana keputusannya yang kurang memuaskan , namun masih ada peluang untuk mereka menyambung pelajaran terutamanya dibidang-bidang teknikal yang disediakan oleh pihak  kerajaan. Sesungguhnya kerajaan amat prihatin tentang perkara ini.

Sememangnya kerajaan amat menitik beratkan soal pendidikan demi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan akan meneruskan legasi kepimpinan Negara dimasa depan.

Kepada yang bakal mendapatkan keputusan cemerlang saya ucapkan tahniah!! Manakala kepada yang kurang berjaya usahlah berputus asa , kerana masih ada tempat untuk anda ceburi nanti.
Insyaallah, selamat maju jaya.

No comments: