Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM SUDAH KELUAR.

Hari ini Rabu 23 Mac 2011 segala debaran menunggu keputusan SPM telah terjawab . Denyut nadi kembali normal setelah anak ku Nur Fadhilah memperolehi keptusan yang boleh dibanggakan. Pagi-pagi anak ku ini telah menghantar msg supaya kami  sekeluarga tidak terlalu mengharapkan keputusan yang cemerlang.  Ketika itu dia telah pun berada di sekolahnya, SMK, Kubang Bemban, Pasir Mas,Kelantan.

Lalu daku memberi kata semangat buatnya bahawa kami  sekeluarga tetap menerima apa jua keputusan SPM ini dengan dada yang terbuka. Apa-apa pun keputusan, itu adalah  kemampuan kak Illah (Nama rengkas Nur Fadhilah) kami tetap menghargai apa jua keputusan yang bakal diterimanya nanti.


                                                                Kak Illah

Jam 10.15 pagi daku menerima msg dari kak illah mengatakan keputusan  SPM telah pun keluar dia memperolehi 6A 2B dan 1C  (B metametik tambahan, serta biologi manakala C dalam subjek Fizik) Daku kagum dan  terus bersyukur kepada ALLAH SWT atas keputusan ini,. Walaupun ia tidak memperolehi 9 A namun kami tetap bersyukur dan bangga dengan keputusan ini. Inilah merupakan tapak pertama untuk dia meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Kepada kak Illah tahniah dari abah ma, abg-abg dan kakak serta adik-adik, kami mendokan moga kak illah akan lebih cemerlang dimasa-masa akan datang.. aminnnn.....

Saturday, March 19, 2011

IKAN DILAUT ASAM DIGUNUNG

Ikan dilaut asam digunung dalam belanga bertemulah ia. Itulah antara pepatah melayu tinggalan moyang kita untuk mengambarkan bagaimana jodoh sesuatu pasangan itu dipertemukan hinggalah boleh membawa ke jinjang pelamin.




  Khamis 17 Mac 2011 saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu saya . Azuan Mohamed yang telah selamat disandingkan  dengan pasangannya  Salwana bt  Izani  bertempat di Kampung Simpang Tiga, Tendong, Pasir Mas. Majlis yang penuh gilang gemilang dan warna warni itu disaksikan oleh kaum keluarga kedua pasangan pengantin.



                                         Salwana bt. Izani

  Azuan atau nama ringkasnya Wan merupakan seorang pendidik manakala Salwana pula adalah seorang kakitangan di Pejabat KADA  Tendong, Salwana adalah anak kepada seorang pengamal perubatan disalah  sebuah klinik swasta di Wakaf  Bharu, Tumpat,  Kelantan.






 Lebih kurang 100 orang ahli keluarga Wan telah mengiringinya ini kerumah pengantin perempuan yang terletak berhampiran jalan Tendong Menghala  ke Bunut Susu, Pasir Mas.






                                         Makan Beradab  Kedua Mempelai






           
                              . Azuan Mohamed
   
            Manakala majlis menyambut menantu pula akan diadakan di rumah Wan pada hari Sabtu 19 Mac 2011 bertempat di Kampung Banggol Gajah Mati, Pasir Mas yang terletak di Jalan Lama ke Rantau Panjang.

            Sama-samalah kita mendoakan agar pasangan pengantin ini akan berbahagia hingga ke hujung nyawa.

Wednesday, March 16, 2011

SEKITAR PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN GAJAH MATI, PASIR MAS

          Ahli UMNO Cawangan Gajah Mati, Pasir Mas diajak berkerja secara “Luar Biasa” menjelang pilihanraya Umum ke 13 nanti, sebagai menyahut saranan daripada Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga selaku Perdana Menteri Malaysia. Ingatan ini disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Hanafi Mamat selaku  Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sewaktu berucap merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Gajah Mati serta menyampaikan Watikah Perlantikan Jentera Piliharaya Umum ke 13 Peringkat Cawangan Gajah Mati, Pasir Mas, Kelantan, yang diadakan di Balairaya Kg. Banggol Gajah Mati, malam tadi.
                 
                       Ybhg. Dato' Hj Hanafi Mamat Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

            Beliau juga menyeru supaya tidak ada lagi sifat iri hati , dengki-mendengki sesama ahli UMNO  sebaliknya berkerjasama dan mengajak seberapa ramai penduduk setempat supaya mereka mengundi BN bagi menumbangkan Kerajaan yang diterajui oleh PAS yang telah memerintah Kelantan  selama 21 tahun.



                        Antara yang ahli UMNO yang hadir dalam Persidangan tersebut

            Terdahulu daripada itu dalam ucapan alu-aluan oleh sdr. Yahaya Hasan selaku Ketua UMNO Cawangan Gajah Mati, meminta ahli-ahli UMNO mengenal pasti di kalangan ahli keluarga yang belum lagi  mendaftar       sebagai pemilih (pengundi) untuk berbuat demikian dengan memberi maklumat  peribadi bakal pemilih kepada Timbalan Ketua Cawangan UMNO Gajah Mati Sdr. Fauzi Saamah  untuk tindakan selanjutnya.
        
                          Penyampaian Watikah Perlatikan Jentera PRU 13
                        Oleh Ybgh. Dato' Kepada  Ahli UMNO Cawangan.

            Selain dari itu beliau juga meminta mana-mana ahli keluarga yang berada di luar Parlimen Pasir Mas dan layak mengundi untuk mendaftar sebagai Pengundi Luar. Urusan pendaftaran Pengundi Luar bolehlah dibuat sebelum 20hb. Mac  ini  menerusi sdr Mohd. Sidek Mat Yusoff  selaku Pengerusi Biro Pengundi Luar UMNO Cawangan Gajah Mati.

      
                       Wanita UMNO Cawangan sedang berbincang sesama mereka.

            Dalam ucapan alu-aluan ini  beliau juga memberitahu bahawa semenjak PAS memerintah Kelantan telah banyak tanah-tanah rizab melayu telah bertukar tangan dan menjadi milik bangsa lain. Oleh itu beliau  menyeru bahawa sudah sampai masanya kita bersatu hati untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS ini pada PRU 13 nanti.

           

            

Friday, March 11, 2011

APA ENAKNYA BERBELANJA DI MUNDUK, SELATAN THAI.

Hampir saban minggu iaitu setiap hari jumaat maka berpusu-pusulah penduduk Kelantan akan menyeberangi sempadan negara ke Thaialand secara haram semata-mata untuk membeli belah di pekan sehari Munduk, Selatan Thai yang terletak di Daerah Narathiwat.

Disana terdapat berbagai jenis barangan yang dijual termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, peralatan berkebun dan bertani termasuklah beras siam yang mutunya lebih baik berbanding dengan beras tempatan.

Bermula pada tahun ini angkatan tentera Kem Sempadan telah ditrugaskan untuk mengawal aktiviti penyeludupan disepanjang Sungai Golok.

Atas bantuan rakan di Selatan Thailand penulis berjaya mendapat gambar -gambar kegiatan membeli belah di pekan Munduk. Hampir ribuan ringgit wang Malaysia telah mencurah masuk ke Thai setiap minggu. Begitu juga para pengusaha bot galah memperolehi ribuan ringgit setiap minggu dengan mengangkut rakyat Malaysia menyeberangi Sungai Golok.

Selain masuk ke negara jiran secara haram penggunaan bot galah dengan muatan  yang berlebihan boleh mengundang bahaya.

Sehubungan dengan itu diharapkan pihak berkuasa dapat memantau kegiatan ini supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dimasa hadapan.


                            Menaiki bot galah ke Pekan Sehari, Munduk, Thailand



                              Deretan bot galah menyebarangi Sungai Golok


                          Aktiviti perniagaan dalam pasar Munduk







                         Pengunjung sedang menunggu untuk menaiki bot galah


                         Pemandangan di atas tebing Sungai Golak, Bukit Lata,
                                                   Pasir Mas, Kelantan.

Wednesday, March 9, 2011

PELANCARAN GELOMBANG MERAH UMNO BAHAGIAN PASIR MAS.

Pelancaran Gelombang Merah oleh UMNO Bahagian Pasir Mas telah diadakan pada hari Ahad 6 Mac 2011, bertempat di SK Dato' Hamid 2, Pasir Mas.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mustafa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri kelantan. Program Gelombang Merah membawa makna semangat serta keberanian untuk menumbangkan pemerintahan Kerajaan Pas di negeri Kelantan. Pas telah memerintah Negeri Kelantan selama 21 tahun. Namun tiada suatu perkara pun yang dilakukan oleh kerajaan Pas untuk memajukan Negeri kelantan.Sebaliknya indah khabar dari rupa.

Disini dilampirkan gambar-gambar Pelancaran Gelombang Merah. Seramai 1000 orang telah hadir di majlis tersebut.

















Sunday, March 6, 2011

DEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN SPM.



Tidak berapa hari lagi keputusan Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan.

Debaran para pelajar dan ibu bapa serta penjaga amat dirasakan. .Dengan keputusan  yang akan diumumkan nanti adalah petanda jatuh bangunnya sesorang pelajar itu. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang dan dikira baik mungkin dapatlah menyambung pelajaran ke IPTA atau IPTS. Ini bermakna ibu bapa dan penjaga kepada pelajar berkenaan akan tumpang gembira meskipun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan itu.

Dan kepada pelajar yang mana keputusannya yang kurang memuaskan , namun masih ada peluang untuk mereka menyambung pelajaran terutamanya dibidang-bidang teknikal yang disediakan oleh pihak  kerajaan. Sesungguhnya kerajaan amat prihatin tentang perkara ini.

Sememangnya kerajaan amat menitik beratkan soal pendidikan demi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan akan meneruskan legasi kepimpinan Negara dimasa depan.

Kepada yang bakal mendapatkan keputusan cemerlang saya ucapkan tahniah!! Manakala kepada yang kurang berjaya usahlah berputus asa , kerana masih ada tempat untuk anda ceburi nanti.
Insyaallah, selamat maju jaya.