Friday, May 11, 2012

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA KELANTAN SEMPENA PESTA UNGGAS ANTARABANGSA 2012.



1 Mei 2012 saya berkesempatan berkunjung dan menyaksikan Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan yang diadakan di Arena Ayam Serama Sri Cemerlang Kota Bharu. 
               Antara ayam serama yang dipertandingkan

Terdapat kira-kira 200 ekor ayam serama telah dibawa ke pertandingan tersebut. Ada ayam serama yang dibawa khas dari Indonesia, Thailand dan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu dari Kedah, Perlis. Pulau Pinang dan Terengganu.
                 Antara  peminat ayam serama yang hadir

Program yang berlangsung sehari suntuk itu telah menyediakan berbagai hadiah menarik berupa wang tunai.  Juga diadakan cabutan bertuah dengan hadiahnya seperti mesin basuh, pemain vcd dan juga wang tunai. Hadiah bonanza bagi cabutan bertuah bernilai RM1000.00 dimenangi oleh peserta dari Dungun, Terengganu.
             Juri hakim asyik memehati gaya ayam serama

Saya berkesempatan menemui salah seorang dari juri hakim pertandingan tersebut iaitu En. Nik Ibrahim Nik Daud. Beliau memberitahu saya bahawa antara kategori dalam pertandingan ayam serama ialah pemarkahan dari segi GAYA 25%, BENTUK TUBUH  15% EKOR 15% SAYAP 7% dan kaki 5% antara ciri-ciri lain  yang dipilih adalah  AYAM MUDA  4%  INDUK 4% REMAJA 4% ANAK A DAN ANAK B JUGA 4%  pengiraan markah juga dinilai pada bentuk BULUNYA , WARNA DAN BALUNNYA.
 



Dipertandingan ini ada peniaga-peniaga anak ayam serama mengambil kesempatan dengan menjual anak-anak ayam serama yang masih  kecil dengan harganya mencecah ribuan ringgit. Namun bagi peminat-peminat ayam serama mereka tidak pernah mempertikaikan soal harga. Apa yang penting ialah memiliki ayam serama yang pandai bergaya, kerana hadiah yang ditawarkan amat berbaloi. Walau bagaiamanapun setiap penyertaan akan dikenakan  yuran penyertaan sekitar RM30 ke RM50 untuk setiap ekor.
      Anak ayam yang masih kecil sedia untuk dijual

Begitulah antara keunikan masyarakat Kelantan yang mempunyai berbagai hobi yang boleh diketengahkan dan secara tak langsung mendatangkan pulangan yang cukup lumayan.



No comments: