Friday, May 11, 2012

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA KELANTAN SEMPENA PESTA UNGGAS ANTARABANGSA 2012.



1 Mei 2012 saya berkesempatan berkunjung dan menyaksikan Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan yang diadakan di Arena Ayam Serama Sri Cemerlang Kota Bharu. 
               Antara ayam serama yang dipertandingkan

Terdapat kira-kira 200 ekor ayam serama telah dibawa ke pertandingan tersebut. Ada ayam serama yang dibawa khas dari Indonesia, Thailand dan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu dari Kedah, Perlis. Pulau Pinang dan Terengganu.
                 Antara  peminat ayam serama yang hadir

Program yang berlangsung sehari suntuk itu telah menyediakan berbagai hadiah menarik berupa wang tunai.  Juga diadakan cabutan bertuah dengan hadiahnya seperti mesin basuh, pemain vcd dan juga wang tunai. Hadiah bonanza bagi cabutan bertuah bernilai RM1000.00 dimenangi oleh peserta dari Dungun, Terengganu.
             Juri hakim asyik memehati gaya ayam serama

Saya berkesempatan menemui salah seorang dari juri hakim pertandingan tersebut iaitu En. Nik Ibrahim Nik Daud. Beliau memberitahu saya bahawa antara kategori dalam pertandingan ayam serama ialah pemarkahan dari segi GAYA 25%, BENTUK TUBUH  15% EKOR 15% SAYAP 7% dan kaki 5% antara ciri-ciri lain  yang dipilih adalah  AYAM MUDA  4%  INDUK 4% REMAJA 4% ANAK A DAN ANAK B JUGA 4%  pengiraan markah juga dinilai pada bentuk BULUNYA , WARNA DAN BALUNNYA.
 



Dipertandingan ini ada peniaga-peniaga anak ayam serama mengambil kesempatan dengan menjual anak-anak ayam serama yang masih  kecil dengan harganya mencecah ribuan ringgit. Namun bagi peminat-peminat ayam serama mereka tidak pernah mempertikaikan soal harga. Apa yang penting ialah memiliki ayam serama yang pandai bergaya, kerana hadiah yang ditawarkan amat berbaloi. Walau bagaiamanapun setiap penyertaan akan dikenakan  yuran penyertaan sekitar RM30 ke RM50 untuk setiap ekor.
      Anak ayam yang masih kecil sedia untuk dijual

Begitulah antara keunikan masyarakat Kelantan yang mempunyai berbagai hobi yang boleh diketengahkan dan secara tak langsung mendatangkan pulangan yang cukup lumayan.



Saturday, April 28, 2012

KELAHIRAN CUCU SULUNGKU NUR FATMA ADELIA ROSS.



Tanggal 19 April 2012 jam 1.37pagi.(Khamis) lahirlah ke dunia cucu sulung ku, anak kepada anak sulung ku Mohd. Farhan dan isteri Siti Nurdini Remli. Adelia dilahirkan di Hospial Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tanpa sebarang masalah. Nurdini dimasukkan ke wad bersalin pada hari Rabu 18hb. April le4bih kurang jam 2.00 petang. Kemudian setelah mengalami tanda-tanda hendak bersalin pada hari yang sama, kira-kira jam 8.00 malam beliau dibawa masuk ke Bilik Bersalin. Semasa proses bersalain suaminya Mohd. Farhan ada disampingnya.

Keesukkannya jam 2.00 petang Nurdini dan bayinya telah pun dibenar keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu  dan di bawa kerumah keluarganya Pasir Mas, berhadapan dengan Setor JKR, untuk berpantang.       

                  Nur Fatma Adelia Ross berusia 8 hari

Semalam 27 April 2012 majlis cukur jambul dan membelah mulut mengikut adat resam orang dahulu kala telahpun berlangsung dirumah keluarga Nurdini. Majlis bermula kira-kira jam 8.00 pagi dengan majlis tahli kemudian diikuti dengan majlis cukur jambul dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad SAW.  
           Nur Fatma sedang disuapkan dengan buah kurma

Selesai majlis tersebut para tetamu serta sanak saudara telah dijamu dengan nasi dagang. Majlsi berkenaan telah berlangsung dengan penuh meriah dan bersejarah dalam lipatan hidup Nur Fatma nanti.


                             
                     Upacara Selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW

                          Antara tetamu yang hadir di Majlis tersebut.



Harapan ku semuga cucu ku ini membesar dalam suasana penuh kasih sayang serta diberi didikan agama oleh kedua orang tuanya. Insayaallah agar disuatu hari nanti Nur Fatma Adelia Ross akan menjadi insan yang berguna untuk agama,bangsa, masyarakat dan Negara Malaysia.. amin!!!!.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Saturday, March 31, 2012

BETAPA KURANGNYA DIDIKKAN AGAMA ANAK MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Tren Enam Gerabak (SCS) atau lebih dikenali sebagai MyKomuter yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac lalu, kini berdepan dengan masalah vandalisme serius.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan berkata, ini kerana tren MyKomuter menjadi sasaran golongan terbabit membaling batu ketika sedang bergerak sehingga mengakibatkan cermin tingkap retak dan pecah.
Beliau berkata, golongan yang sama turut memecahkan kaca peti simpanan peralatan pemadam api di dalam gerabak ketika tren berhenti di stesen.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen MyKomuter berkenaan.
Katanya, beberapa kawasan dikenal pasti dijadikan tempat untuk mereka membaling batu iaitu Padang Jawa di Klang; Kampung Datuk Harun dan Segambut di Kuala Lumpur, Kajang di Selangor serta Seremban dan Labu di Negeri Sembilan.
"Setakat ini empat buah tren sudah dibaling dengan batu. Apabila ia berlaku, tren itu tidak dapat digunakan kerana perlu dibaiki terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan penumpang.
"KTMB juga terpaksa menanggung kos sehingga RM3,000 bagi membaiki kerosakan yang adakalanya terpaksa mengambil masa sehari suntuk untuk memperbaikinya,'' katanya pada sesi taklimat di sini semalam.

Petikan dari KOSMO.

Saturday, March 3, 2012

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI PASIR MAS, KELANTAN.

2/3/2012.  2.00 ptg. Saya berkesempatan menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat Serta Jamuan Rakyat yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Najib Perdana Menteri Malaysia bertempat di padang Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas yang terletak di Bunut Susu. 
                               Wajah Ceria Seorang Pemimpin

Kehadiran  Rakyat Pasir Mas melebihi 20,000 orang cukup meriah. Ada berbagai bentuk acara sambutan dijalankan antaranya ialah persembahan Paluan Rebana Ubi. Perarakan oleh Putera UMNO. Dan berrmacam-macam lagi.
                             Jalan Masuk ke SM Teknik, Bunut Susu, Pasir Mas.

Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau memberi jaminan sekiranya Rakyat Kelantan memilih kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang beliau berjanji untuk menyelesaikan beberapa masalah rakyat yang telah berlarutan hampir 22 tahun yang lalu, antaranya ialah  masalah air, perumahan rakyat  (PPRT). Beliau berjanji akan membina sebuah stadium bola, kerana beliau tahu bahawa rakyat Kelantan amat meminati permainan  bolasepak. Sekiranya Barisan Nasional dapat merampas Kelantan daripada tangan Pas landskap Kelantan pasti akan berubah tetapi ianya tetap   berpaksikan kepada Islam, ujar beliau didalam ucapan tersebut, yang telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.

                Sedang khusyuk mendengar amanat daripada PM

Beliau juga menegaskan apa guna pada slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM,….. KELANTAN SERAMBI MEKAH.. sedangkan habuk pun tak der.
                        Kehadiran yang ramai tempat duduk tidak mencukupi
                   
                      Gelombang Merah...tak jemu mendengar amanat daripada PM

                             Paluan Rebana Ubi Menyambut ketibaan PM
 
Syukur kepada Allah SWT kerana saya sempat bersalaman dengan PM, termasuklah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato’ Seri Mustapha Mohamad serta Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob Menteri Perdagangan dan Koperasi yang juga turut hadir pada majlis itu. Saya juga sempat merakamkan gambar-gambar kenangan lautan merah. Itulah Gelombang Merah yang sedang membadai di bumi Kelantan hingga kesaat ini!!!

Thursday, January 12, 2012

MAAF KERANA LAMA TIDAK MENCORET DILAMAN BLOG.

Semenjak dua menjak ini saya agak lama tidak menjenguk ke laman blog sendiri. Bukan tiada idea ataupun bahan tulisan yang hendak diketengahkan. Tetapi kerana terlalu sibuk dengan bisnes cyber cafe maka saya terpaksa menyendiri buat seketika. Bisnes cyber cafe yang kami namakan ILHAM IT SOLUTION ENTERPRISE kini mula beroperasi pada awal Januari 2012. Cyber cafe terletak di Lot 467, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu. Tel/faks 09-7482401.

Perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut:





Menyediakan perkhidmatan Internet dan faksimili, menjual komputer baru dan terpakai termasuk peralatan komputer serta assesories. Juga membaiki komputer dan telefon bimbit . Perkhidmatan binding, laminate, juga disediakan. Kami juga turut menjual alat tulis, kad prabayar dan perkakasan elektrik dan eloktronik. 
Diharapkan syarikat kami mendapat memenuhi kehendak penduduk setempat serta melibatkan diri dalam dunia IT.