Saturday, January 15, 2011
Electronics Enclosure Buying Guide
Here are some great tips to help you buy the right electronics enclosure kit. These requirements change depending on what type of electronic components you are purchasing the kit for. You can find information on electronic enclosure kits here.
Friday, January 7, 2011
BANJIR DI PASIR MAS.
Musim tengkujuh mula melanda Kelantan hujan yang turun beberapa hari lalu telah menengelamkan beberapa kawasan yang rendah. Pagi ini Jumaat 7 hb Januari 2011 saya telah berkesempatan meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir iatitu di persekitaran kampong halaman saya. Antara tempat yang saya lawati ialah sekitar jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang melalui jalan lama. Iaitu di kampong Pohon Tanjug, Pasir Mas berhampiran dengan SK Pohon Tanjung.
Saya juga pergi ke kampong Tok Sangkut, Pasir Mas. Pemandangan disana umpama berada ditepian tasik ataupun laut. Kesluruhan sawah padi ditengelami air. Ada dikalangan adik-adik kita bermain air banjir dan ada juga yang mengambil kesempatan menjala ikan.
Dibawah ini saya sertakan gambar yang saya rakam pagi tadi untuk tatapan anda yang berrada di luar Pasir Mas.
Anak udang yang ditangkap oleh kanak-kanakBerhampiran SK Pohon Tanjung, Pasir Mas
Jalan lama Pasir Mas ke Rantau Panjang di Kg. Pohon Tanjung
Jalan Kg. Tok Sangkut ke kg. jejawi, Pasir Mas
Sawh Padi yang digenangi air di Kg. Tok Sangkut
Jalan Tok Sangkut ke Kg. Jejawi, Pasir Mas.
Kanak-kanak menjala ikan didalam sawah
Kg. Pohon Tanjung, Pasir Mas.
Jalan lama Pasir Mas ke Rantau Panjang
Salah sebuah rumah penduduk di kg Pohon Tanjung Pasir Mas
Mula ditengelami air banjir.
Monday, January 3, 2011
KENANGAN DI ANGKASAPURI.
Bersama Anak Saya Mohd. Fahmi
Bersama anak bongsu Nur Fasihah
Pada 9 December saya sekeluarga berkesempatan menjenguk anak dan menantu yang tinggal di USJ 1, Selangor. Sepanjang percutian selama 5 hari itu. Banyak tempatt-tempat menarik telah kami lawati. antaranya ialah I-City, Tugu Peringatan Negara, Taman Tasek Titiwangsa, Menara Berkembar Petronas, Bangunan Parlimen dan beberapa tempat lagi.
Saya juga berkesempatan melawat Ke Wisma TV RTM Di Angkasapuri. Dimana disitu banyak pengalaman dapat saya kutip khususnya bagaimana sesuatu Stesen TV itu berfungsi. Dibawah ini saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya rakam sewaktu berkunjung kesana.
Subscribe to:
Posts (Atom)