Tanggal 19 April 2012 jam
1.37pagi.(Khamis) lahirlah ke dunia cucu sulung ku, anak kepada anak sulung ku
Mohd. Farhan dan isteri Siti Nurdini Remli. Adelia dilahirkan di Hospial Raja
Perempuan Zainab II, Kota Bharu tanpa sebarang masalah. Nurdini dimasukkan ke
wad bersalin pada hari Rabu 18hb. April le4bih kurang jam 2.00 petang. Kemudian setelah mengalami
tanda-tanda hendak bersalin pada hari yang sama, kira-kira jam 8.00 malam beliau
dibawa masuk ke Bilik Bersalin. Semasa proses bersalain suaminya Mohd. Farhan ada disampingnya.
Keesukkannya jam 2.00 petang
Nurdini dan bayinya telah pun dibenar keluar dari Hospital Raja Perempuan
Zainab II, Kota Bharu dan di bawa
kerumah keluarganya Pasir Mas, berhadapan dengan Setor JKR, untuk
berpantang.
Nur Fatma Adelia Ross berusia 8 hari
Semalam 27 April 2012 majlis cukur
jambul dan membelah mulut mengikut adat resam orang dahulu kala telahpun
berlangsung dirumah keluarga Nurdini. Majlis bermula kira-kira jam 8.00 pagi
dengan majlis tahli kemudian diikuti dengan majlis cukur jambul dan berselawat
keatas junjungan besar Nabi Muhamad SAW.
Nur Fatma sedang disuapkan dengan buah kurma
Selesai majlis tersebut para tetamu
serta sanak saudara telah dijamu dengan nasi dagang. Majlsi berkenaan telah
berlangsung dengan penuh meriah dan bersejarah dalam lipatan hidup Nur Fatma
nanti.
Upacara Selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW
Antara tetamu yang hadir di Majlis tersebut.
Harapan ku semuga cucu ku ini
membesar dalam suasana penuh kasih sayang serta diberi didikan agama oleh kedua
orang tuanya. Insayaallah agar disuatu hari nanti Nur Fatma Adelia Ross akan
menjadi insan yang berguna untuk agama,bangsa, masyarakat dan Negara Malaysia..
amin!!!!.