Thursday, November 24, 2011

PERMULAAN BANJIR DI PASIR MAS

Buat para pembaca blogs saya juga sanak saudara yang berada diluar Kelantan kini saya paparkan koleksi gambar banjir yang saya rakamkan pada hari Rabu 23/11/2011 dan pagi 24/11/2011.

                    Jalan Banggol Kuin Ke jalan ke Kg. Tok Sangkut 23/11/2011

                            Pemandangan dari Kg. Banggol Kuin, Pasir Mas, 23/11/2011

                                Jalan ke Kg Tok Sangku Pasir Mas, 23/11/2011



                          Jam 7.00 malam Kg . Siram jalan lama Rantau Panjang 23/11/2011
  
          Petak sawah yang baru selesai dituai gambar dirakam pada akhir Okt baru-baru ini
petak sawah  sama yang telah digenangi air banjir gambar dirakamkan pada 24/11/2011
Lihatlah umpama laut lepas


     



AWASILAH ANAK-ANAK JANGAN BIARKAN MEREKA BERMAIN AIR BANJIR.





                  

Monday, November 7, 2011

HARI RAYA AIDIL ADHA DI KG. GAJAH MATI. PASIR MAS. KELANTAN. AHAD 6 NOVEMBER 2011.

Setiap 10 Zulhijjah bagi bulan Islam,  sempena dengan ibadat Wukuf di Padang Arafah bagi para jemaah haji seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga bagi kami penduduk-penduduk Di kampong Banggol Gajah Mati, Pasir Mas , Kelantan, turut merayakan hari raya Aidil Adha, ataupun dinamakan juga hariraya qurban sebagai memperingati sejarah bagaimana Nabi Allah Ibrahim a s sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a s atas perintah Allah SWT. Atas ketaatan Nabi Ibrahim a s melaksana perintah Allah SWT itu. maka Allah SWT telah mengantikan nabi Ismail a s dengan seekor kibas.
                         Sdr Mohd. Nazi Mat Yusoff sedang menyampaikan kutbah

                                 Khusyuk mendengar kutbah Aidil Adha

                Antara Jemaah Muslimat yang turut menunaikan solat sunat Aidil Adha

            Dengan rentetan peristiwa yang menyentuh jiwa itu maka ibadat qurban dengan menyembelih lembu telah menjadi ikutan bagi umat islam di Malaysia setiap kali kedatangan 10 Zulhijjah saban tahun.

            Seawal pagi kami semua telah datang ke mussalla baru di kampong kami untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Solat sunat Aidil Adha pagi ini telah diimamkan oleh imam tua  Tn Hj.Wan Isa manakala kutbahnya telah disampaikan oleh sdr. Mohd. Nazi Mat Yusoff. 

            Sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidl Adha kami menikmati jamuan ringan sebelum melakukan ibadat qurban iaitu dengan menyembelih beberapa lembu. Untuk tahun ini saya difahamkan bahawa sebanyak lebih 10 ekor lembu telah disembelih pada hari ini. Untuk sebahagian lembu dikenakan bayaran antara rm320.00 hingga 370.00.
               Urusan jual beli  sebahagian dari tujuh bahagian lembu dengan Pak cik Din


            Dengan semangat gotong royong upacara qurban telah dijalankan dengan jayanya dan kira-kira jam 12.00 tgh kerja-kerja penyembelihan lembu telah selesai serta dagingnya telah diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang layak menerimanya.
          Daging yang telah siap dilapah untuk diagihkan kepada mereka-mereka yang layak

           Beginilah indahnya hidup di kampong dalam suasana tolenrasi dan harmoni. Moga-moga tradisi kehidupan seperti akan berterusan sampai bila-bila...amin..