Wednesday, October 19, 2011

MUSIM TENGKUJUH SUDAH BERMULA.

Telah menjadi kelaziman setiap kali penghujung tahun antara bulan Okt.Nov dan December musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Apabila tibanya musim banjir hujan akan turun tanpa henti-henti, adakala lebat dan adakala sederhana.

Sekirannya hujan ini berlarutan sampai dua tiga hari, maka air hujan mula memenuhi sungai-sungai, paras air sungai bertambah dan menjadi tinggi lalu ianya akan merebak kekawasan rendah dan banjir pun akan berlaku. Bagi kanak-kanak dan remaja, mereka amat gembira apabila setiap kali banjirmusim tiba. Inilah pesta tahunan bagi mereka iaitu Pesta Banjir.

Bagi orang dewasa kerungsingan mula menerjah benak rasa, segala tanam-tanaman akan musnah, binatang ternakan seperti ayam, itek, lembu, kerbau dan sebagainya turut menjadi mangsa banjir termasuklah kenderaan.

Kawasan yang sering dilanda banjir ditempat saya adalah berhampiran dengan Sungai Golok. Laluan jalan  lama ke Pekan Rantau Panjang terputus termasuklah Pekan Rantau Panjang turut ditengelami air.

Ekonomi penduduk di daerah saya pun turut terjejas sekali, syukurlah, kerana kerajaan perihatin dan memberi bantuan segera dalam menangani bencana banjir ini.termasuklah memindahkan mangsa-mangsa banjir ketempat perpindahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Banjir juga turut memberi rezeki kepada mereka-mereka yang meminati ikan air tawar. Akitiviti menangkap ikan air tawar amat mudah dan hasilnya cukup lumayan. Menjala, menahan jaring (pukat) menahan lukah dan menahan candit adalah aktiviti biasa yang akan dapat kita lihat sepanjang musim banjir ini. Begitu juga kueh putu halba, sejenis kueh yang diperbuat daripada ubi kayu banyak dijual dimusim tengkujuh ini.

Apapun dalam kita asyik dan berseronok meraikan Pesta Banjirnya, harus diingat, awasilah anak-anak kita ataupun diri kita sendiri supaya tidak menjadi mangsa korban banjir.

Thursday, October 13, 2011

FIKIR-FIKIRLAH APA AKAN JADI SEKIRANYA SENTIMEN KEAGAMAAN TIDAK DI BENDUNG

KAHERAH 10 Okt. - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.

Rusuhan yang berlarutan hingga malam Ahad memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.

Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.

Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian. -AFP 

Saturday, October 1, 2011

MAJLIS CUKUR JAMBUL.

Semalam 30 September 2011, selepas solat  jumaat saya sempat menghadiri Majlis Cukur Jambul versi Kelantan (cukur & selawat) di rumah salah seorang jiran. Ramai juga tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
                                                      Tuan Imam Azhar
            Bayi yang berusia 1 bulan SITI AIDA anak kepada pasangan Yusri dan Rosilawati Ibrahim terlebih dahulu akan disuapkan oleh Tuan Iman Azhar iaitu iman Mukim Banggol Ara, Pasir Mas.  Siti Aida diberi minum air zam-zam kemudian buah  kurma, kismis, buah zaitun dan buah-buahan dari Kota Suci Mekkah. Kemudian mulut Siti Aida dibelah dengan menggunakan cincin emas, serta dibacakan  beberapa potong ayat-ayat sucidan dihembuskan telinga bayi yang kecil ini sambil memohon kehadrat illahi agar Siti Aida akan  membesar menjadi anak yang baik dan tinggi akhlaknya.
Menjadi insan kebanggaan keluarga, agama, dan Negara tercinta.
                                           Siti Aida sedang disuapkan oleh Imam Azharr
            Sebaik sahaja selesai upacara menyuap beberapa tetamu dijemput untuk menggunting beberapa helai rambut Siti Aida.  Selesai upacara menggunting rambut Siti Aida, bayi ini diarak disekelililing tetamu serta dirirngi dengan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.
                                         antara tetamu yang hadir
            Akhir sekali bacaan doa dilakukan memohon kesejahteraan kepada keluarga Siti Aida akan terus dalam pemeliharaan Allah SWT.
                                                       
            Inilah antara peristiwa yang berlaku dalam masyarakat tempat tinggal saya. Mungkin di negeri lain , lain pula caranya Majlis mencukur Jambul ini dilakukan.