Tahun ini bulan Ramadhan disambut serentak dengan bulan kemerdekaan negara kita yang ke 54 tahun. Saat kecintaan kita kepada ALLAH SWT serta junjungan besar Nabi Muhamad SAW digembelingkan bersama dengan rasa cinta pada negara tanah tumpah darah kita iaitu MALAYSIA nan tercinta.
Disamping kita menginsafi diri betapa kerdilnya kita disisi ALLAH yang maha agung kita juga seharusnya merasa betapa nikmatnya dan harmoninya hidup didalam negara yang amat kita cinta ini. Semangat muhibah dan tolenrasi antara semua kaum yang digarapkan bersama gagasan 1Malaysia menjadikan kita dapat menjalani ibadat puasa serta bersedekah dalam membantu insan-insan yang dhaif dapatlah kita laksanakannya dengan cukup sempurna.
Namun dalam situasi begini masih ada dikalangan kita yang masih tidak reti untuk bersyukur atau mungkin buat-buat tidak reti. Mereka yang mementingkan diri sendiri sanggup melacurkan kesucian Agama Islam semata-mata atas kepentingan politik peribadi. Andainya perbuatan seperti ini tidak dikekang lambat laun negara kita akan hancur dan segala kenikmatan yang kita kecapi semenjak 54 tahun dahulu akan berkecai. Lalu kita akan menjadi pelarian dibumi sendiri…Fikir-fikirlah….