Wednesday, November 25, 2009

Sekalung tahniah Buat Anakku Nur Fasihah.

Khamis 19 November 2009. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumunkan. Sebagai seorang bapa perasaan cemas dapat dirasakan. meskipun aku menaruh harapan bahawa anakku yang bernama Nur fasihah tidak akan menghampakan harapan kami sekeluarga Daku yakin Nur Fasihah atau nama rengkasnya Che Ah akan turut menjejaki abang-abang serta kakak-kakaknya yang memperolehi kejayaan cemerlang UPSR tahun tahun nan lalu. Abang Farhan 3A 2B, Fahmi 4A 1B, Fathian 4A 1B , Fadhilah 5A dan Farhana 5A.


Nur Fasihah (Che Ah)

Jam 10.30 pagi hari tersebut aku di kejutkan dengan deringan handset. Penolong Guru Besar sekolah Kebangsaan Banggol Chicha dimana Che Ah belajar telah mengucapkan tahniah kepada ku kerana anak ku Che Ah telah lulus cemerlang UPSR dengan memperolehi 5A aku amt b ersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan berkat doa dan kerja keras Che Ah belajar tanpa mengenal erti jemu dia telah berjaya cemerlang.

Nur Fasihah dan Nur Farhana
Untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah , kami memohon untuk dia belajar di SMK Kubang Bemban ataupun SMK Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas. Dan walau dimana dia belajar kami tetap mendoa dan memberi perangsang agar Che Ah lebih berusaha lagi demi untuk kecermerlangan masa depannya.

Monday, November 23, 2009

Karnival Sihat 2009 HRPZ ll, Kota Bharu.

Karnival Sihat '09 peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu (HRPZ ll) telah diadakan pada hari Sabtu 21hb. Nov. 2009 telah mendapat sambutan hangat oleh para warga HRPZ. Program yang dipengerusikan oleh Dr. Hamid Ketua Unit Pendidikan Pesakit diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga HRPZ ll agar mengutamakan kesihatan diri melebihi dari segala-gala yang lain.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah 10 thousand step for health, demotrasi memasak untuk kesihatan , derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, manakala ceramah kesihatan juga telah diadakan pada hari tersebut . Manakala persembahan nasyid dan dikir barat turut dipersembahkan oleh kakitangan HRPZ ll

Hamper untuk cabutan bertuah
Ceramah Berat Badan Unggul oleh Puan Rohaizah

Khusuk sedang mendengar ceramah

Sebahagian Warga HRPZ ll sedang mendengar ceramah

En. Abd. Manaf sedang menyampaikan ceramah
bertajuk senaman Sihat




Saturday, November 14, 2009

Gambar Banjir Minggu Lepas

Antara gambar-gambar yang saya rakam minggu lepas sewaktu banjir melanda kampong saya bermula dari 6hb. hingga 8hb November,2009.


Kawasan Persekitaran Kg. Banggol Kuin, Pasir Mas.jalan ke Kampong Tok Sangkut ditenggelami air.

Halaman Rumah saya di Kg. banggol Gajah Mati, Pasir Mas, digenangi air hujan


Hujan Turun Tanpa Henti-henti selama 3 hari

Air hujan dilaman rumah saya


Anak Dara Kg. Tok Sangkut Meredah banjir!
hati-hati weh!





Pemberian Wang Ihsan

Syukurlah kerana akhirnya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan wang ihsan kepada rakyat negeri Kelantan. Meskipun pemberiannya bukanlah dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk pembangunan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Ianya rata-rata akan memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan yang pada hakikatnya yang masih dahagakan pada pembangunan.

Semenjak di perintahkan oleh Kerajaan Pembangkang pembangunan prasarana negri ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mudah-mudahan dengan agihan wang ihsan ini, keadaan sosio ekonomi rakyat Kelantan akan menjadi semakin baik dan setanding dengan r akyat dinegeri-negeri sebelah pantai barat.

Moga-moga rakyat Kelantan tidak lagi terlena dengan slogan-slogan indah ciptaan Kerajaan Negeri Kelantan. Kerana ianya indah khabar dari rupa! Rakyat yang dibelenggu dengan kemiskinan tetap hidup miskin justeru tiada ruang pekerjaan yang dapat diadakan oleh Kerajaan Negeri.

Harapan kami semua, selaku rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang ini akan terus mengalir kepada rakyat jangan ada yang tersangkut dipengkalan.

Wednesday, November 4, 2009

TENGKUJUH MUNCUL LAGI

Hujan di sekitar Wad Psikiatri, HRPZ ll, Kota Bharu.

Bulan Nov 2009 merupakan permulaan musim tengkujuh bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Sepanjang minggu ini hujan telah mula turun tanpa mengira batas waktu, pagi, petang dan malam hujan mencurah turun tak henti-henti. Fenomena musim tengkujuh mula dirasai.



Fenomena musim tengkujuh mula dirasai

Para petani mulai dihantui rasa resah dan cemas. Keresahan dan kecemasan yang menusuk sanubari. Hasil pertanian dan binatang ternakan sedikit sebanyak akan menerima kesan lantaran musim tengkujuh ini.

Para penoreh getah akan bercuti panjang sepanjang musim tengkujuh ini. Mereka akan merenungi jauh hari-hari mendatang dengan penuh kegelapan ekonomi. Suasana akn menjadi semakin suram lantaran tidak boleh menorah getah.



Hujan turun sejak awal pagi lagi

Tidak lama lagi sekolah akan bercuti. Januari 2010 akan dibuka semula. Dan nampaknya musim tengkujuh masih belum melabuhkan tirainya. Bermakna aktiviti menorah terpaksa dibatalkan. Watu iu ambang persekolahan akan bermula. Penyediaan buku anak-anak , uniform sekolah perlu diadakan sekadar yang mampu.

Bagi kakitangan kerajaan juga merasa agak tertekan kerana impian untuk mendapat bonus pada tahun ini tidak kesampaian .Apapun terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menghulur juga bantuan kewangan sebanyakRM500 kepada setiap penjawat awam. Meskipun tidak seberapa namum kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Mudah-mudahan kehidupan kita dimasa akan datang rezeki kita akan bertambah.

Bagi penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mudah berlaku banjir berwaspadalah selalu. Pastikan segala dokumen penting dalam keadaan yang mudah dibawah apabila diarah berpindah sekira berlakunya banjir.



Cuaca gelap dengan hujan renyai-renyai

Awasi segala pergerakan anak-anak agar tidak bermain air . Jangan jadikan musim tengkujuh ini sebagai PESTA BANJIR. Kerana ramai telah menjadi korban banjir dimusim-musim yang lalu. Sama-samalah kita beringat!

Tuesday, November 3, 2009

ADA LAGI KISAH SEJADAH


Agak kesekian lamanya saya tidak menulis blog, justeru kesuntukan masa dengan tugas hakiki yang tak pernah selesai. Dan tambahan pula tiada bahan menarik untuk dipersembahkan kepada para pengunjung blog saya.

Cuma baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan sejadah bangun seperti orang sedang bersolat . Kali ini ia berlaku sekali lagi di Kampong Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan. Tetapi kejadian ini berlaku di surau SK Tok Sangkut, yang mana sebanyak 36 helai sejadah terbentuk seperti orang sedang duduk antara dua sujud.

Sejadah di Surau SK TOK Sangkut, Pasir Mas, Kelantan

Keesukannya kita dikejutkan lagi dengan penemuan sejadah seolah bersolat di Kota Bharu, Kedah dan Rantau Panjang, Kelantan.

Dan yang terbaru pula ialah kain pelikat juga turut membentuk kejadian yang serupa dan kali ini ianya berlaku di Kedah.

Dari apa yang berlaku tiada siapa yang berani membuat andaian samada ianya berlaku kerana ciptaan manusia yangh memcari publisiti murah ataupun dari ALLAH SWT . Saya sendiri tidak berani memberi komen kerana tiada saksi yang berani tampil untuk menyatakannya.

Kiranya ia berlaku kerana dibentuk oleh manusia maka berdosalah orang itu menyebabkan orang ramai jadi keliru serta panic. Dan sekiranya ianya adalah daripada ALLAH SWT maka adalah hikmah disebalik kejadian tersebut . SAMA-SAMALAH KITA RENUNGINYA.