Thursday, September 24, 2009

Suasana Aidilfitri Tetap Meriah.


Hari ini hari kelima kita berada dibulan Syawal. Bermakna telah lima hari kita menyambut hari raya Aidilfitri.

Tradisi kunjung mengunjungi kerumah sanak saudara dan rakan taulan masih dikekalkan. Hariraya seperti ini merupakan hari yang dinanti-nantikan untuk kita bermaaf-maafan dengan sanak saudara dan rakan taulan yang lama tidak ditemui lantaran masing-masing tinggal berjauhan demi mencari rezeki.

Bagi kami, selesai sahaja menunaikan solat sunat Aidilfitri kami menzirahi pusara ayah bonda di Tanak Perkuburan Kg. Banggol Petaling. Selepas itu kami pergi pula ke tanah Perkuburan Kg. Tok Sangkut, menziarahi kubur emak mertua dan bapa mertua. Beginilah rutin setiap kali kedatangan Aidilfitri ,menziarahi pusara ayah bonda ini menjadi keutamaan kami.

Setelah selesai menziarahi pusara arwah orang tua, barulah
kami mengadakan RUMAH TERBUKA untuk dikunjungi oleh sanak saudara dan rakan taulan hinggalah ke tengah malam. Kepada para tetamu kami telah menyediakan mee kari dan biskut dan kek raya sebagai juadah istimewa dihari tersebut.

Meskipun kepenatan melayan tetamu yang kunjung tiba silih berganti, namun kami tetap merasa puas dan mudah-mudahan di Adilfitri yang akan datang tradisi seperti ini tetap akan kami teruskan.

Tuesday, September 15, 2009

Keajaiban DiBulan Ramadhan



SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.
GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.
Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.
Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Saturday, September 12, 2009

Menjelang Aidil-Fitri

Tidak lama lagi Adilfitri akan menjelang tiba. Semua orang sibuk dengan persediaan untuk menyambut aidilfitri ada yang awal-awal lagi telah membeli ataupun menempah pakaian baru, mengecat rumah, membersih halaman rumah bagi menyambut tetamu dihariraya nanti

Nana dan Che Ah sedang menyediakan pelita raya

kalangan anak-anak yang paling bergembira menyambut ketibaan 1 syawal ini. Mereka akan bertandang kerumah rakan serta jiran tetangga untuk mengutip duit raya! para ibu dan kakak sibuk dengan menyediakan kueh mueh untuk dijadikan juadah pada hari yang mulia ini

Setiap tibanya musim perayaan harga barang akan melonjak naik, para suri rumah akan mengaru kepala yang tidakgatal memikirkan keadaan harga barangan. suka ataupun tidak juadah raya terpaksa disediakan.

Lagu raya sudah mula berkumandang dicorong-corong radio dan kaca tv. Pasaraya mula dibanjiri oleh orang ramai yang ingin membeli belah disaat-saat terakhir.

isteri sedang menyiapkan kueh raya

Apapun situasi hariraya wajib disambut dengan sekadar yang termampu. Kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yang jauh mahupun dekat salam aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin. Ada masa jemputlah kerumah.



proses mengoreng kueh lidah buaya


Saturday, September 5, 2009

Sukaneka Bersama pesakit

Khamis 3 sept kami mengadakan sukaneka bersama-sama pesakit psikiatri di Jabatan Psikiatri Hospital Raja perempuan zainab ll, Kota Bharu dengan kerjasama Jururawat pelatih dari Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST).
jururawat pelatih dari KIST

Berbagai acara kami jalankan seperti senamrobik, lari bawa bola pingpong, menyuap buah kepada rakan dengan mata tertutup, pecah belon, serta banyak lagi acara yang menarik untuk diambil bahagian oleh para pesakit.
Semua pesakit daripada Wad E Lelaki mengambil bahagian dalam acara tersebut. Di akhir acara sukaneka para pesakit diberi hadiah berupa makanan ringan. Pesakit yang ditemui melahirkan rasa seronok setelah menyertai acara sukaneka tersebut.

Acara sukaneka merupakan salah satu Program Psikososial untuk para pesakit yang mana sebagai pendedahan kepada pesakit bagi pesakit menjalani hidup baru setelah dibenarkan pulang ke pangkuan masyarakat.
jururawat lelaki KIST
Sekalung tahniah kepada jururawat pelatih dari KIST kerana telah membantu program ini hingga jaya. Terima kasih daun keladi.