Semasa di Tahun 6 S K Banggol Chicha, Pasir Mas.
Friday, May 15, 2009
Selamat Menyambut Hari Guru.
Saturday, May 9, 2009
Dadah, Ragut Dan Mat rempit
Tuesday, May 5, 2009
Cuti Hari Pekerja.
Isteri dan Anakku Fasihah
Fasihah dan Farhana di Sua Rasa TV9
Berbagai gerai jualan dibuka dengan menjual berbagai barangan antaranya minuman dan makanan, buah-buahan pameran juga turut diadakan. kami berkesempatan menyaksikan siaran langsung rancangan Nasi Lemak Kopi O dan persembahan nyanyian Azhar juara Akedemi Nasyid tahun 2008.
Menjelang tengahari setelah penat meronda dari satu gerai ke satu gerai dan membeli sedikit buah tangan kami pun bertolak balik ke Pasir Mas, dengan membawa secebis kenangan dan pengalaman yang cukup menarik untuk di kongsi bersama-sama keluarga.
Saturday, May 2, 2009
Bersantai Di Jeram Linang, Pasir Puteh.
Seramai 8 orang pesakit dan 8 orang petugas telah turut serta dalam program tersebut termasuklah dua orang pelajar dari Pusat Latihan Carakerja Kementerian Kesihatan, Sungai Buloh, Selangor, yang sedang menjalani latihan praktikal di Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, HRPZ ll.
Kami bertolak dengan menaiki bas Hospital pada jam 9.22 pagi dan sampai di Jeram Linang pada kira-kira jam 11.30 pagi.
Pertama kali sampai disana saya dapati pepohonan tumbuh dengan penuh kehijauan . Aliran air terjun cukup jernih dan mendinginkan. Apapun para pesakit tidak dibenarkan mandi manda kerana bimbangkan akan keselamatan mereka. Andainya berlaku sesuatu insiden, payah juga kami nak menjawab dengan pihak atasan.
Pada hari itu pesakit telah didedahkan dengan berbagai aktiviti riadah seperti melukis, senamrobik, sukaneka serta pesakit diajar untuk memiliki kekuatan mental dan menghadapi situasi apabila keluar dari hospital nanti. Jelas terbayang di mata para pesakit suatu keriangan dan kepuasan yang tiada nilai harganya setelah menyertai program tersebut.
Dalam perjalanan
Penulis bersama Petugas HRPZ ll dan Pelajar Pemulihan Carakerja
Waktu tengahari kami telah dijamu dengan nasi berlaukkan ikan bakar yang dibakar disitu serta tomyang yang kami bawa khas dari rumah. Cukup menyelerakan.
Tepat jam 1.00 tengahari kami bertolak balik ke Kota Bharu dan meninggalkan Jeram Linang dengan sejuta kenangan. Aduhai Jeram Linang, nanti tiba waktunya ku kan datang lagi kesisi-sisimu!