Tuesday, April 21, 2009

Sykurlah Pasukan Bolasepak Kelantan

Pertama-tamanya saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada pasukan bolasepak Negeri Kelantan dapat bertandingan ke peringkat akhir dan bakal bertemu dengan pasukan dari Selangor pada 25 April, nanti.Seingat saya inilah kali pertama pasukan daripada negeri Cik Siti Wan Kembang ini berjaya masuk ke pertandingan akhir.

Mudah-mudahan kelantan akan berjaya menjuarai perlawanan yaang bakal diadakan di Bukit Jalil nanti. Kami seluruh rakyat Kelantan tetap mendokan akan kejayaan pasukan ini.
Saya juga difahamkan bahawa ramai penyokong-penyokong dari Kelantan akan turut serta berada di Stadium Bukit Jalil pada 25 hb April nanti.

Biarapapun keputusan yang bakal diterima nanti setiap pasukan bertandingan serta para penyokong setia, harus menerima hakikat perlawanan. Jangan ada peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Mohamad ke IV baru-baru ini berulang lagi.

Saturday, April 18, 2009

Rusuhan Penonton Bolasepak Di Stadium Sultan Mohamd ke IV, Amat Memalukan.

Bolasepak adalah permainan sukan yang paling teratas antara permainan sukan yang lain. Kalah dan menang adalah adat permainan. Namun apa yang berlaku di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, baru-baru ini amat memalukan dan menjijikkan, yang mana para penyokong Kelantan merusuh, merosak harta benda awam termasuk membakar kenderaan polis justeru tidak dapat menerima hakikat kekalahan perlawanan bolasepak antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Rakyat Kelantan yang tersohor dengan rakyatnya yang kaya dengan budi bahasa yang lemah lembut, penuh dengan sopan santun dan macam-macam lagi gelaran ternyata jauh meleset daripada hakikat sebenar.

Trajedi seperti ini tidak patut berlaku apatah lagi rakyatnya yang bernaung dibawah pentadbiran Tok Guru, bumi Wahyu, serambi Mekah. Namum impian untuk menjadikan Kelantan dan penduduknya, khususnya anak-anak muda penuh dengan ketertiban dan sopan santun, ada maruah dan harga diri dan manusia beriman adalah mitos semata-mata!

Lantaran tingkahlaku seperti ini kepada siapa harus kita menunding jari?
sama-samalah kita fikir-fikirkan....demi kelangsungan hidup genarasi nan mendatang!
di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sunday, April 12, 2009

Hari Ulangtahun Nur Fasihah


Ini gambar Nur Fasihah (Chek Ah)

Kelmarin, sabtu 11 april, 2009 adalah hari ulangtahun kelahiran anak bongsuku Nur Fasihah yang ke 12 tahun. Sambutan kami buat secara sederhana sahaja direstorant Pulut Ayam Sri Petaling.
Telah menjadi tradisi bagi kami sekeluarga mengadakan sambutan ulangtahun seperti ini. Demi mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga kami akan berkumpul anak beranak sambil menjamu selera bersama-sama.
Anakku akan menduduki UPSR tahun ini. Kami mendoakan agar dia berjaya memperolehi 5 A didalam ujian itu nanti. Amin.

Thursday, April 2, 2009

Cuaca Kini Tidak Menentu

Dalam sebulan dua ini, keadaan cuaca di Malaysia kurang menentu. Hujan masih turun disana sini walaupun musim tengkujuh sudah lama berakhir. Iaitu dari bulan Oktober hingga awal Januari pada setiap tahun. Apakah fenomena ini berlaku akibat pemanasan global. Kata ahli sains pemanasan global berlaku akibat dari aktiviti yang dilakukan oleh penduduk bumi tanpa ada sebarang undang-undang yang kuat dalam menghalang penduduk bumi melakukan aktiviti seperti pembakaran terbuka ataupun pelepasan gas menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.

Pada hematnya saya, pemanasan global juga berpunca dari sikap manusia yang terlalu banyak melakukan dosa-dosa terhadap Allah SWT. Manusia semakin lalai dalam mengerjakan kebaikan sebagaimana yang dituntut oleh Agama Islam yang maha suci. Banyak perkara-perkara maksiat telah dilakukan oleh umat manusia menyebabkan bumi sudah tidah mampu untuk menampung segala dosa yang dilakukan oleh manusia sejagat.

Jadi untuk itu marilah sama-sama kita membaiki diri kita sendiri dan kembali semula kepangkal jalan serta menjalani kehidupan sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam kita yang maha suci itu.